Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Sunday, November 11, 2012

Recepi 'Puteri Mandi Susu' by Koko and friend.

Assalamualaikum...

Tuan-tuan dan puan-puan untuk pertama kalinya akak nak kongsi resepi dengan semua. Sebelum ni malas sangat nak buat entry pasal masak-masak nih. Memandangkan cuti semester yang sangat bosan, tetiba terasa nak masak 'Puteri Mandi Susu'. (akak sangat tau, kerlasss).


Bahan-bahan yang aku gunakan adalah seperti berikut:

1)  1 paket tepung beras pulut 
2)  Air
3)  3 helai daun pandan
4)  Garam (secukup rasa)
5)  1 tin susu cair
6)  Gula melaka (Ikut tahap kemanisan yang dikehendaki)
7)  Pewarna (merah dan hijau)



Cara-cara membuat Puteri Mandi Susu:

1. Gaul tepung dgn air dalam satu bekas.. Gaul sehingga menjadi doh tak lembik sangat dan tak keras sangat.
(kalau melekat-lekat kat tangan tu terlebih air, tambah tepung sket. Kalau keras sangat tambah sket air)



2. Bahagikan doh dalam 3 bahagian. Letak 2 bahagian dalam mangkuk lain supaya nanti warna tak bercampur aduk.. Titiskan sedikit pewarna. Depend la nak warna terang atau tak. Yang warna merah tu aku letak sikit ja dia akan jadi warna merah jambu. Auww, so cute! Lihat gambar untuk warna hijau, yang lain tak sempat bergambar. Aku buat 3 warna, merah jambu, hijau dan natural (no color). Nak tambah warna pon okay. Make it colorful :)


3. Panaskan air dalam periuk untuk masak doh. C
ubit sedikit doh dan gentel menjadi bulat, kemudian picit tengah bulatan supaya menjadi bentuk leper untuk cepat masak.. Bila air dalam periuk mendidik, boleh masukkan doh yang anda bentukkan tu. Lepas leperkan doh terus masuk dalam periuk sebab doh akan cepat masak. So kena cepat-cepat. Lihat gambar bawah untuk bentuk dan warna doh.

4. Doh terapung maknanya doh dah masak dan angkat letak tepi. Sediakan air dialam mangkuk untuk letakkan doh yang sudah masak. Nanti dok akan melekit. Lihat gambar untuk hasilnya.


5. Masak gula melaka dengan sedikit air (sekadar untuk mencairkan gula melaka). Setelah gula melaka cair, masukkan susu cair serta sehelai daun pandan dan bolehlah tambahkan sedikit air jika terlalu pekat atau manis. Tambahkan sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang secukupnya. Boleh masukkan doh dalam periuk untuk memastikan doh menjadi sebati dengan kuah jika mahu. Masak sehingga mendidih kemudian matikan api.



Lihat gambar bawah selepas siap dihidangkan. Boleh terus makan atau sejukkan dalam peti ais dulu.. Aku lebih suka makan sejuk-sejuk.


Sebelum kejadian masak memasak...
Kisahnya bermula daripada kebosanan aku dan eyka (kawan). Kami cadang nak masak sesuatu yang simple tapi jarang dibuat. Hmm dengan tak langsungnya aku menyuarakan makanan ni. Jadi, keesokannya kami berdua nak beli barang-barang kat Tesco. Perkara yang bangang lagi mengecewakan bagi pihak gadis-gadis sunti adalah, malunyerrr nak cakap. Hmm, kami cari tepung beras pulut  dan gula melaka sampai 2jam dan 3kali pusing tempat yang sama. Paling menarik, aku call mak aku lebih daripada 3kali hanya untuk memastikan tepung tersebut betul atau bohong. -___-' Seriously kami tak pernah masak sebenarnya. Kami sedang mencuba jejakkan kaki ke dapur walaupun... hmmmmm *innocent tak saya? blerghhhhh.. Keadaan sebenar didapur amat riuh sekali. Pegang senduk sambil tweet. Bebudak sekarang. Zzzzzz

Panggilan pertama
'Mak, gula merah dengan gula melaka ni sama tak fungsi dia?' -,-

Panggilan kedua
'Mak gula melaka yang ketoi ketoi ni ka? blurrrr -,-

Panggilan ketiga
'Hehe..Mak.. tepung beras pulut kan kan kan.. dengan tepung beras beza tak?' -,-

Panggilan keempat
'Okay mak ni last last last, tepung pulut ni macam mana pulak? Tadi tepung beras. Hmm kami cari tepung BERAS PULUT!' *dengan confident tahap 9/10

Panggilan kelima
'Hehehehehee... Ni memang betol-betol last call punya. Errrr plastik tepung tu warna apa eh?' *sengih kerang sambil letak phone sebab kena hingaq balik. =..=

*Menyesal tak sudah mak aku dapat anak cenggini haa. Mohon mak jangan kecewa -,-




Taraaaaa!! Ini hasilnya, kali pertama kami cuba sudah menjadi. Sebenarnya malas nak tunjuk bakat. Bhahaha baru masak yang ni dah riak puih. Abang jiran belakang rumah siap intai-intai kami masak. Lastly, kami hantar sebekas Puteri Mandi Susu ni. Diam terus tutup pintu. -.- Abang kain pelekat, mohon puji ‎(◕‿◕)

Sunday, April 22, 2012

Ujian dan Dugaan dariNya.

*Remuk, sama macam hati aku setiap kali tengok picture ni -,-

*There's my Mom..Maybe tengah berbincang


(T_T) sobs sobs


Assalamualaikum

Pagi tu aku bangun tengok mak aku text cakap abang aku aksiden. Then aku call tanya. Mak aku cakap abang aku tak dak apa-apa just kerata ja yang teruk ya amat! Aku ada dekat Kolej time tuh. So, mak aku lah yang cerita balik. Berlanggar dengan kereta Hi Lux but kerata itu tak jadi apa sangat sebab kereta tu kan penuh dengan kekukuhannya. Lagi pon salah si Hi Lux cina keparat tuh. Demm! Dia keluaq salah jalan. Sampai kereta ragaih ataih divider la. Aku hanya mampu tengok gambaq ja.. Ya Allah.. teruk sangat. Hmm, ujian yang menimpa kami.. :'( Mesti parents aku tengah memikirkan duit yang bakal keluar macam ayiaq.. Duhh, kesian parents aku. Hmm, Abah aku cakap lepas repair kereta nih. Dia nak juai beli kereta lain sebab takut tak elok macam dulu. Dalam dua bulan jugak arh nak siap pon. Memang aku menganggur lah sepanjang cuti sem dua bulan nih -,- Right timing kan? kay kay tu ja nak kongsi sebenaqnya. T_T kbye.

*Thanks for reading !

Saturday, April 21, 2012

Hero Of Mine


Assalamualaikum

Sambil mengunyah chewing gum aku menaip, Rasa macam free pulak hari ni (ceh, padahal hari-hari free). Rajin pulak aku menaip entry baru kali ni. Bukan apa, makin berusia, makin banyak benda nak fikir kan? *Bajet dewasa gituwww haha kay kay. Kau tahu, picture kat atas ni I'm without makeup kay? Saja ja cakap =,= Lerrr.. Actually aku terasa nak bercakap pasal boyfriend aku. Walaupon boyfriend titew takdew pown takap pasal titew.. Sedih wakkk. Kay kay skali lagi aku merepek. *Syuhhh syuhhh -,-

Mood bercerita aku dah datang. Kay kay, aku mengenali Ariff ni sejak dari tahun lepas (2011). STOPPPP! sebelum tu, aku nak bercerita pasai boyfriend aku ni. Nak baca tak? Tanak sudah! Kbye *protest =,= kay kay Nama dia Ariff Muzaffar bin Yusli. Dia orang Penang baq hang. Okay sambung, Aku kenal dengan dia dalam facebook. Eh eh, jangan salah faham. Saya bukan najwa letip kay? Saya orang biasa biasa ja. Yang ingin kan kebebasan didalam.... *Okay, stop it Koko! Tak dak maknanya hang nak bermonolog kat sini. Kay sambung, makin lama makin timbul perasaan suka tu. Sebab dia ni seorang penghibur yang baik. First time jumpa orang yang gila gila macam ni *Ohsem! Auwww.. Kay kay, jap g aku cerita dia ni macam mana kay?

Kebetulan:
Dimana namanya cinta, tetiba kebetulan lah pulak. Aku masuk belajar dekat UiTM Merbok Kedah. So, secara tak ketahuannya, sepupu si Ariff ni selang sebelah bilik dengan aku ja. Wahh, dekat giler dowhhhh *Panjangnya dowh aku. Sebelum tu selalu jugak terserempak, tapi tak bertegor. Lelama baru aku tahu dia adalah sepupu (Joe) Si Ariff bertuah ni. Dengan kesempatan itu (tak dak la amek kesempatan pon -,-) aku semakin rapat dengan Si Ariff ni. Dan tidak semenanya, kawan baik Si Ariff ni ada sorang, bilik atas bilik Joe. Kay, hubungan aku dengan Si Ariff semakin rapat, rapat dan rapat. :)

Selepas berjumpa dengan dia, bersembang, bercerita, meluahkan acececey :P hihi. Aku pon terima dia seadanya. Aku menerima dia sebab dia seorang yang lain dari yang lain. Why aku cakap macam tu? Padahal, Shahz Jaszle, Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Adi Putra dan Faizal Tahir tak dak kena mengena dengan aku pon. hihi kay, tu cuma gimik. :P Cara dia babe, cara dia buat aku tak pandang orang lain dah. Dia menghibur hati aku, dia funny, dia suka buat jokes, buat aku gelak sendiri, dia care pasal aku, paling suka dia ni memang respect kat aku. tak pernah nak berkasaq. Cepat ja cool, marah pon kejap-kejap ja. Percakapan pon tak dak maki hamun dan kesat-kesat. Kekadang salah aku pon dia yang mintak maaf. Itu tak bermakna aku ego kay? Dia jenis tak merungut. Buat ja apa patut. Dia ni pulak jenis bila nak bersweet gula gula dengan aku nih dia tak suka show kat public. Thats why kat facebook memang jarang lah nak jumpak perkataan 'love' tuh. tapi aku tak kesah. Janji aku kenal dia siapa. Sometimes perwatakkan comel dia tu terkeluaq siket. Just sweet baby. Dia ada empat jenis sweet setakat sekarang.

1) Sweet dalam mesej.
Alololoo, serious aku macam nak masuk dalam henpon ja dengan ayat-ayat dia tu. Ohsem bebeh.. COMELs kay! :P

2) Sweet on Call
Cara ni dia tak sama macam dalam mesej. Risau jugak kekadang aku dengan dia nih. Tah berapa alam dia ni. kihkih :D Bila bergayut dengan dia, part paling dia suka. Bukan aku suka kay? Dia! Introduction dia tu, mak aiii, boleh buat program Semanis Kismis kay. =,= Tu belom masuk main point dengan conclusion lagi. Conclusion memang tak sempat arh. Sepatah dua tetiba tut tut tut..super saver anda tamat, sila topup RM3 untuk selanjutnya. -,- Tapi kira sempat lah nak muahmuah ily imy. hihi :)

3) Sweet bila kami berdua
Phew phew, yang ni lagi buat aku melayang. Kekadang aku rasa kalau sesapa kawan-kawan dia yang selalu lepak dengan dia mesti tak sangka dia sepisis nih. Memang lain giler dowhhh *See, dowh aku memang panjang. Perlu ka aku cerita? Macam tak ja kan? Kay kay, biarlah kami berdua ja tahu. :P

4) Sweet bila bersama kawan-kawan lain
Time dengan kekawan dia slow la sikit dari berdua. Tapi, sweet dia tetap ada. Tak over la, tu macam desperate sangat. Dia ni bila dengan kekawan aku, dia memang suka buli aku. Siyesss, nak ja aku hentak-hentak kaki time tu. Ada ja dia nak sakat aku. Geram ! -___-'

Tapi itu lah yang aku suka pasal dia. Dia tak kesah apa aku nak buat janji tak buat yang tak tentu hala. Aku pon macam tu. Saling percaya dan jujur. Komunikasi memang penting. Cakap pasal komunikasi, Si Ariff ni memang banyak cakap. Kalau aku dok sebelah dia kan. Potpet potpet ja mulut dia. Tak penat ka sayang? Macam nak p pekop mulut ja.haha Then boleh pulak dia cakap aku ni yang kuat beletiaq. Siap angkat tangan tunjuk simbol potpetpotpet lagi tuh. -.-/ herhh

Kami jarang berjumpak sebab jarak kami jauh. So, tak boleh la jumpak sangat. Lagi pon  okay jugak, tak dak la berkepit ja. Aku ni rimas sikit kalau asyik berkepit ja. Bagi aku couple yang terlalu belangkas ni. Asyik mengikut je kemana. Nak bersama kemana saja konon. Nak tahu aktiviti kita sepanjang hari. Nak konkong bagai. Tah hapa-hapa. Macam desperate sangat ja. Macam orang nak curik ja kekasih kau tuh. Kahkahkah *Gelak besar. Buat relax sudah kay? Kalau ada jodoh menjadik jugak. Kalau tak, itu sudah takdir. :) Jarak bukan pemisah kan sayang? Kay, I love you <3

"Kita merancang Allah menentukan. So, sama-sama kita doakan kebahagian kita sendiri. Yang baik dari Allah SWT, yang buruk datang dari saya. Salam"

*Thanks for reading !

Thursday, April 05, 2012

Already completed the first semester.

 Hai peeps, this is my classmate in first semester. Ohh damn! rindu depa sangat. Depa sporting, fun, happening, best and so on. Masa first class kan? Masing-masing berpuak-p. At last baru nak makin rapat. And last masa final. We all apat sangat. Terutamanya, Una, Jawa, Nurul, Eila, dan Midat. Masa last paper. Kami sampai tak tidoq la study punya pasai. hehe The best moment!






Banyak yang aku belajar masa aku study kat UiTM Kedah ni. Banyak jugak aku jumpak sepisis manusia nih. Macam-macam gelagat depa aku perati. Ada yang tak jujur, memilih kawan, penting diri, tak nak usaha, nak senang, suka buat kelam, asyik keluaq, malas nak buat assig, copy usaha orang and so on. Mostly yang buruk-buruk la.. haha Ada yang baiknya tu, tapi malas pulak aku nak mention kat sini. haha ;P okay. I hope next semester will be more fun.. <3 Enjoy your holiday :)


Monday, March 05, 2012

He's mine and I'm yours

Hye Cinta, saya sayang awak! hihi ^_^'

Ehem ehem.. errr.. Assalamualaikum! ;) Nak kongsi sikit ni.. I'm totally taken by Ariff Muzaffar bin Yusli on Saturday, 3 March 2012 adalah tarikh keramat kami bersatu.Tepat pada jam 10.00 p.m di Menara Alor Star, dia nyatakan niat dia nak jadikan aku teman hidupnya. Dan aku telah menerima dia sebagai teman hidup aku. Haha I don't know how much I happy that day until now. It is difficult to express how much i love him. Ehemm.. hihi Seriously aku tak pernah rasa macam ni. Mungkin kali ni baru aku rasa ala-ala 'cinta pandang pertama' gituww haha.. ;p Actually kami dah lama macam 'couple' cuma tak declare ja.. Hehe.. 

Eh, tahu? Kesian kat dia mai kat aku dari Perak ke Aloq Staq dengan demam dan sakit tekak bagai.. Lepas tu, dia tertinggai wallet dia dalam keta aku masa balik. Dengan batery handphone dia dah 'plup' dah. Balik rumah jalan kaki dari stesen bas Perak.. Phewww, Then kena ligan dengan anjing lagi.. Hahahaha part tu memang aku terpaksa gelak.. hehe Sorry sayang :) Macam-macam jadi kat awak, tapi awak tak pernah mengeluh.. Itu buat saya sayang awak!

FOR HIM: You are the best I have ever seen please keep it up and I pray your hand will be bleed with more love. Every part of me wants you, because I was made just for you! Explaining why I love you is like explaining how water tastes, completely impossible. I want you to know that, behind you is me who always care for you. I really really love you. No matter who you are, my love for you will never change. That's my promises! ;) Without you, I am nothing <3

Love,
Koko Ahmad Fuaad.

Monday, January 16, 2012

Damn! I love it.


Hello my pretty ladies and handsome men!Aku sekarang makin bahagia. Hari-hari ku dipenuhi dengan gelak tawa dan senyum.. Wahh gituww! kelas kau jahh. Okay, tgok picture kat atas ni.. Sama tak? sama kan? okay, lukisan tu cantik lagi. Aku paham.. haha Nampak dak sony Xperia X10 putih tuh?? Nampak tak siapa dalam handphone aku tu?? Yeahh Lelaki itu! Dia la yang lukis gambaq aku ni.. Tapi lelaki dalam handphone tu lain sket.. Sebelom dan selepas.. hewhew sorry you! <3 Perbezaan tang rambut tu.. :P Btw, aku suka sangat dengan lukisan tu.. Siap buat wallpaper and print out lagi..bhaha..pulon kan aku? -__- Yess I am..! A big thanks to Ariff Muzaffar for lukiskan gambaq saya.. Hargai sangat-sangat <3 Thank you so much!

p/s: Happy punya pasai, buat lompat bintang sedaihh!

Sunday, January 15, 2012

What a busy WOMEN


Whats up everyone! Yeahh, talking bout busy. Why tajok aku WOMEN? hewhew.. Act i really miss my BFF.. lamanya tak melepak sampai berakaq pungkok.. Klu meet pon, just for a while.. Tringat dulu masa zaman sekolah.. Tetiap hari hadap dua ketoi nih.. Now, kami masing-masing busy. Sorang study Penang, sorang Perlis and aku Kedah. Lain negeri, tapi dekat dengan rumah kami masing-masing. Buleh kata tiap-tiap minggu la balik.. Tapi kadang-kadang, sorang balik, sorang lagi tak.. sbb sangkut dengan cuti yang tak sama ni.. Negeri lain-lain, so..cuti pon tak sama la..  See, depa makin cantik dah sekarang.. I miss you Piah dan Odah :P

Baju biru boleh panggil dia Odah dan baju Putih dikenali dengan Piah.
Okay I miss you babes <3 byee (^_^)


Monday, January 02, 2012

Aku suka dia ! ^_^



Assalamualaikum.. Auww! Eh eh guys! Entry kali ni nak cerita pasal AMY yang berjaya menambat hati aku. Sebelom tu, Happy new year everyone! :)) hehe.. Bagi aku, dia lelaki yang unik. haha entah la babe. Susah nak explain kat sini hihi..gediknya aku! hahahaha ;D Untuk pertama kalinya, dia diantara lelaki yang paling 'okay' pernah aku kenai. Apa maksud 'okay' aku tuh? Hurmm, i mean, he is the best thing that ever i know :) Seriously! >_< Aku suka cara dia. Dia ni kadang-kadang sweet! Blushing aku dibuatnya..hewhew. Tapi kami tak declare apa-apa lagi.. Masih dalam pekenalan.. ;-P Nak kena kenai hati budi dulu... Tapi dia dok jauh sket dengan aku.. but jarak bukan penghalang bagi aku..Apa-apa pon, wait and see.. Ada jodoh tak kemana kan??


Semoga awak yang terbaik buat saya <3

Thursday, December 29, 2011

UiTM dihatiku.



Hello my dear, sekarang aku dah jarang bukak blog ni.. So, tak banyak entry la kan.. Okay, now aku nak story pasal study. Aku sekarang dah masok study kat UiTM Merbok, Sungai Petani Kedah. And now, aku tengah midsem break. Dapat lah berehat seminggu kan. Tu yang update entry nih.. hihi. Aku amek course Dip in Office Management. Semua ada 8 subjek.. Gilo ko tak ekau raso?? Baru part one dah 8 subjek den kono..bongang jugak ahh masa mulo2 donga eh.. Hahaha apasai negori plak aku nih? Okay! kolej aku dengan class, Yaa Allah.. jauh doe.. Naik bukit turun bukit, naik tangga turun tangga.. Pheww, kolej aku antara kolej yg paling jauh. Dah tu, tingkat tiga plak.. Kalau p class then tertinggal barang, memey cun arhh! dah tu, transport bleh bawak part three ja. Berakaq pungkok jugak lah nak menunggu pon. :))

Minggu orientasi:
Woooo bro, penat kot. Memang depa ragging kot. haha.. Minggu pertama ja dah macam2 jadi kat aku. Dugaan.. Eh, aku duduk bilik dua orang. Tapi roomate aku tu macam pelik sket.. Tah, tak faham aku. Jarang bersembang. Cakap yang mana penting ja. Mlas nak crita panjang. Kang kantoi susah aku hahaha :P Sorry my dear roomate! Aku dapat classmate yang the best. Semua sporting baik laki2 dan pompuan. Later aku kenalkan classmate aku eh. Now, malas nk upload pic lagi.. :P

That's all! ^_^

Thursday, December 15, 2011

PLKN UUM Sintok Siri 8 Kumpulan 3 2011 ^_^


Assalamualaikum readers ! ^_^ Lamanya aku tak update blog kan? rindu kot nak type panjang2.. Nak beletiaq bagi hampa dengaq.hehe.. Tapi sekarang makin busy la.. Tak dan nak bukak blog. Start aku nk p plkn la sampai sekarang. Wahhh malam ni bru rsa nak update.. Okay, aku nk cerita pasal PLKN. Hewhew... Teringat msa first aku dapat tau aku dapat PLKN. Meloncat aku tak mau p. Bila dah p sayang nak tinggai plak.. haha Act aku p sekerat ja. Aku p dalam dua bulan mcam tuh. Sebab aku dapat tawaran masuk study.


 Ni masa baru nak p daftar.Parents aku n Zira Rahman teman aku saat-saat aku nak tinggakan aloq staq. Memang aku dok tak senang arhh time ni. Tapi aku jenis yang luaq nampak chill dalam hati aku gelabah bewak kot.. Memang rasa berat gila kaki ni nak melangkah naik bas. Adoyaiii.. masa tu dalam hati aku berulang kali berkata 'why me?? whyyyy?' Jerit hatiku..
Abah aku angkat beg aku masuk bawah bas tu. Then aku still dengan mak and Zira. Aku tak menangis. Aku memang ego! sebab aku tak kan menangis depan parents aku.. Yeahhh, masa tu aku memang tahan lah ayiaq mata ni.. Macam nak lari masuk bas teruih ja.. Lagi lama aku kat situ, lagi seksa aku dok tahan. Then aku pon macam nak berjurai ayiaq mata ni. At last aku cakap kat mak aku kata nak masuk dalam bas dah. Tkot tak ckop tempat. Padahal, aku dah nak meraung dah masa tu. Masa salam depa semua.. lgi lah menduga aku punya jiwa raga.. Serious aku kena kuat time tu. tidak aku heret skali dgn depa masuk bas.. 1st time kot aku jauh dengan depa. Lepas mak aku dok bagi nasihat macam-macam. Aku cepat-cepat nak masuk bas.. Lepas langkah aku melepaskan depa semua.. Tanpa menoleh ke belakang, terus ayiaq mata aku berjurai.. Aku tak kaleh dah belakang. Time nak angkat kaki naik tangga bas, aku terkaleh sket blah depa.. Tapi depa tak perasan sebab jauh..

Tiba-tiba, aku macam ter-stuck sket masa masuk dalam bas! Why??? GILA RAMAI ORANG! dah la kerusi kosong blah2 blakang ja ada. memang jdi perhatian la kan. Dengan keadaan menangis. gila arhh boleh teberhenti aku nk nangis. HAHA.. Then aku duduk sebelah minah ni. Aku tgok dia macam cool ja.. macam dia happy ja nak p plkn.haha okay ignore her..! Then aku text member aku, Ika. Aku ckp aku dalam bas nk bertolak dah. Then dia trus kol.. Dah la aku tgh sedu-sedu time tu. Dia plak kol. Memang drama melayu la kan? Dia cakap kenapa aku tak gerak dia masa nak p. Dia kta dia nak teman aku jugak. Memang dri malam tu agi dia cakap nak teman. Perghhhh, memang tk boleh ckp lah, dok sedu-sedu.. Dia pesan macam2 kat aku. Bas nak bergerak. aku cepat2 carik depa kot tingkap. Depa dok lambai2 arah aku.. Memang lencun la tudung aku time tu..Sayu ja kot aku dalam perjalanan nak sampai Sintok.

Tiba di kem PLKN UUM Sintok. Perghh sampai2 dah kena huloq handphone and check beg. Aku dapat bilik. Then letak beg terus p dewan makan. Ambik barang-barang PLKN.. Dalam seminggu tu tak dak aktiviti apa lagi.. Just relax-relax dulu. tapi dalam seminggu tu jugak la, tiap2 malam dok pekop dengan bantai. Then menangis tak henti. Sebelom nak tidoq macam tu. Start minggu depan tu. Memang tak sempat arh nak menangis. Busy terok! Memang tak dak masa lah nak pikiaq tu semua. Kat sana baru aku belajaq erti 'masa itu emas'..!Jadual memang packed kat situ. Perghh, baru nak letak pungkok ada announcement 'diminta wira dan wirawati berbaris di padang kawad dengan berpakaian loreng lengkap sekarang!' haha selerak semua pakat lari. haha lawok plak bila ingat balik. Memang tak terurus lah locker dengan baju kotoq.. seminggu sekali basuh. haha.. Cuti jumaat sabtu. hari jumaat tu, sesi meeting beramai-ramai la dalam tandas.. haha pakat dok gonyoh baju masing2.. Main sabun la, lepas hbeh basuh baju, terjun kolah beramai-ramai. memang adat lah! Start pagi bangun pkoi 4.30, tidoq? haaa hat tu tak tentu... klu byak perkara tak hbeh lgi hri tu, memang tidoq lewat la jawabnya..


Banyak aktiviti masuk hutan (percubaan utk bearing kompas) aku tak sempat nak buat. Sebabkan aku balik awai pada orang kan. Yang sempat hanyalah kembara halangan (percubaan) alaaa yang panjat2 tembok, naik monkey rat, tarzan, menerap bawah dawai tu.. Haaa memang terbaik lah. Then sempat menembak, hat ni perkara yang aku memang tak kan lepas. Nasib sempat jugak.. Walaupun aku demam terok, tetap berdegil nak p. Nasib baik aku tak mau amek MC masa doktor bagi. Klu tak melepas la aku nak menembak ni. Ketegaqnya aku..haha Flying fox pon sempat jugek.. hat ni pon dia buat dalam minggu yang sama dengan menembak. So, demam aku tk baik lagi.. Ada ka patut jurulatih pompuan tak bagi aku buat.. Jurulatih laki bagi kot aku buat.. Gila aku tak buat, benda macam ni bukan senang nak dapat peluang. Aku naik dah, gila rare! Macam nak ulang sepuluh kali. Flying fox ni buat dalam kalut-kalut. Bayangkan, aku kena buat cepat-cepat sebab nak kena hantaq barang-barang PLKN sbb esok tu aku kena balik dah. Aku potong habeh barisan org. Dah la time tu lelaki yang beratoq.. Memey syok arh kan dikelilingi oleh abang-abang botak. hewhew.. Aku tak sempat nak naik kayak, wirajaya (masuk hutan 2 hari), p rumah kebajikan, pertandingan kawad pon tak dan. Aku masok sat ja. Banyak lagi perkara tak sempat nak buat.


Sukan pulak, aku join bla jaring, futsal, bola tampaq. Bola jaring lah aku paling semangat sampai demam terok aku main. Futsal aku main sat ja sebab bola terkena tgn aku then terus krem.. haha. Disebabkan tangan krem, bola tampaq aku jadi tak reti main dah.. haha Tapi kira aku turut serta gak dalam sukan nih. Herghhh part paling best *apabila wira-wira bagi semangat waktu wirawati tgh men. Memang membara arhh waktu tu.hehe


Kat PLKN ni kan, aku belajaq macam-macam, erti bersatu padu, semangat setia kawan, perpaduan negara dan byak lagi. Cina, india, melayu dan siam masing-masing bekerja sama. Tak kira bangsa. Kalau kat luaq, tak kan bleh duduk satu bilik, kongsi masalah macam ni. Hanya di PLKN saja berlaku macam ni. Semua bangsa bersatu demi nak mencapai kemenangan kumpulan. Hari tu cikgu ada buat satu permainan tentang perpaduan negara. Cikgu buat bulatan besaq then dlm bulatan tu kami kena buat bulatan kecik utk kumpulan kami. So, masing-masing kena jaga bulatan jangan sampai ditakluk oleh kumpulan lain. Tentang macam mana nak bersatu. Semua masing-masing pakat penting diri sendiri, nak jatuhkan kumpulan lain. Padahal, semua lupa yang kita satu negara. Saat-saat akhir, baru semua tersedar.. Part yang paling sedih, masa aku jerit habaq kat depa-depa yang nak musnahkan kumpulan lain. aku jerit cakap 'Bersatu la wehh! Kita satu negara, semua ketua-ketua kena berkumpul, rakyat-rakyat kena berdamai. Awat hampa semua nak bergadoh nih?? Paham dak kita satu negara, bukan kuasa asing. Itu permainan org luaq (jurulatih) nak jatuhkan kita. Bersatu la wehhh!' Perghhh macam aku perdana menteri doee! haha.. terbaik arhh aku semangat gila time nih. Serious weh, kalau hampa alami macam ni. Memang buleh bawak kesedaran yang maksimum lah. haha.. Tapi permainan ni best. Dia banyak psiko otak kita..

Ni parents aku mai melawat aku. Perghh hat ni memang saat ditunggu-tunggu lah! Waktu melawat hanya hari sabtu : 9pagi-4petang. Aku pakai baju kelas tu.. kahkahkah.. baju paling aku benci!

Zira rahman pon datang melawat masa aku tengah duty.. See, aku pkai bju half loreng! kahkahkah..





Semua ni pictures masa aku tengah duty. Duty memang best lah.. Plus masa jaga kat pintu pagaq. Rasa macam kastam ngan tentera ja.. hewhew.. Ala-ala receptionist gituwww.. hoho ^_^




 Ni masa last day kat PLKN. Aku p melawat depa. Thats why lah aku lain dari lain. haha. Malam kebudayaan memang terbaik lah. haha tapi tak sempat nak amek gambaq. Dok busy dengan company aku. hehe..


Picture ni waktu nak p menembak! Perkara paling rare dalam hidup aku. COLT M16 babe!!
dengaq taklimat sebelom menembak.

before nak masuk menembak

Company charlie semua mereng-mereng.


CHARLIE
CHARLIE
CHARLIE
GAGAH BERANI!!

Masih kedengaran lagi laungan ketua platun 7 melaungkan Charlie3x Gagah berani.. untuk bagi semangat kat kami semua. Masa kali terakhir aku berbaris menyanyikan lagu Khidmat Negara tu, memang macam nak nangis lah. Meremang hbeh bulu roma aku. Semangat patriotik mai secara tiba-tiba..Part nak berpisah dengan kawan-kawan, aduyaiii.. ayiaq mata ni tak payah dok kata lah.. Merambu macam apa lagi..Masa last aku nk blek, depa dok buat sweet bleh bagi bunga lah yang si lelaki. haha yang pompuan nyanyi lagu memori tercipta dan kenangan terindah. Lagu menusuk kalbu cek oii. Wuwuwu tak leh lupa PLKN, tak semua bleh rasa pengalaman ni.. T_T

p/s: Semoga anak muda sekarang masih mahu berbakti kepada negara.