Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Sunday, November 11, 2012

Recepi 'Puteri Mandi Susu' by Koko and friend.

Assalamualaikum...

Tuan-tuan dan puan-puan untuk pertama kalinya akak nak kongsi resepi dengan semua. Sebelum ni malas sangat nak buat entry pasal masak-masak nih. Memandangkan cuti semester yang sangat bosan, tetiba terasa nak masak 'Puteri Mandi Susu'. (akak sangat tau, kerlasss).


Bahan-bahan yang aku gunakan adalah seperti berikut:

1)  1 paket tepung beras pulut 
2)  Air
3)  3 helai daun pandan
4)  Garam (secukup rasa)
5)  1 tin susu cair
6)  Gula melaka (Ikut tahap kemanisan yang dikehendaki)
7)  Pewarna (merah dan hijau)



Cara-cara membuat Puteri Mandi Susu:

1. Gaul tepung dgn air dalam satu bekas.. Gaul sehingga menjadi doh tak lembik sangat dan tak keras sangat.
(kalau melekat-lekat kat tangan tu terlebih air, tambah tepung sket. Kalau keras sangat tambah sket air)



2. Bahagikan doh dalam 3 bahagian. Letak 2 bahagian dalam mangkuk lain supaya nanti warna tak bercampur aduk.. Titiskan sedikit pewarna. Depend la nak warna terang atau tak. Yang warna merah tu aku letak sikit ja dia akan jadi warna merah jambu. Auww, so cute! Lihat gambar untuk warna hijau, yang lain tak sempat bergambar. Aku buat 3 warna, merah jambu, hijau dan natural (no color). Nak tambah warna pon okay. Make it colorful :)


3. Panaskan air dalam periuk untuk masak doh. C
ubit sedikit doh dan gentel menjadi bulat, kemudian picit tengah bulatan supaya menjadi bentuk leper untuk cepat masak.. Bila air dalam periuk mendidik, boleh masukkan doh yang anda bentukkan tu. Lepas leperkan doh terus masuk dalam periuk sebab doh akan cepat masak. So kena cepat-cepat. Lihat gambar bawah untuk bentuk dan warna doh.

4. Doh terapung maknanya doh dah masak dan angkat letak tepi. Sediakan air dialam mangkuk untuk letakkan doh yang sudah masak. Nanti dok akan melekit. Lihat gambar untuk hasilnya.


5. Masak gula melaka dengan sedikit air (sekadar untuk mencairkan gula melaka). Setelah gula melaka cair, masukkan susu cair serta sehelai daun pandan dan bolehlah tambahkan sedikit air jika terlalu pekat atau manis. Tambahkan sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang secukupnya. Boleh masukkan doh dalam periuk untuk memastikan doh menjadi sebati dengan kuah jika mahu. Masak sehingga mendidih kemudian matikan api.



Lihat gambar bawah selepas siap dihidangkan. Boleh terus makan atau sejukkan dalam peti ais dulu.. Aku lebih suka makan sejuk-sejuk.


Sebelum kejadian masak memasak...
Kisahnya bermula daripada kebosanan aku dan eyka (kawan). Kami cadang nak masak sesuatu yang simple tapi jarang dibuat. Hmm dengan tak langsungnya aku menyuarakan makanan ni. Jadi, keesokannya kami berdua nak beli barang-barang kat Tesco. Perkara yang bangang lagi mengecewakan bagi pihak gadis-gadis sunti adalah, malunyerrr nak cakap. Hmm, kami cari tepung beras pulut  dan gula melaka sampai 2jam dan 3kali pusing tempat yang sama. Paling menarik, aku call mak aku lebih daripada 3kali hanya untuk memastikan tepung tersebut betul atau bohong. -___-' Seriously kami tak pernah masak sebenarnya. Kami sedang mencuba jejakkan kaki ke dapur walaupun... hmmmmm *innocent tak saya? blerghhhhh.. Keadaan sebenar didapur amat riuh sekali. Pegang senduk sambil tweet. Bebudak sekarang. Zzzzzz

Panggilan pertama
'Mak, gula merah dengan gula melaka ni sama tak fungsi dia?' -,-

Panggilan kedua
'Mak gula melaka yang ketoi ketoi ni ka? blurrrr -,-

Panggilan ketiga
'Hehe..Mak.. tepung beras pulut kan kan kan.. dengan tepung beras beza tak?' -,-

Panggilan keempat
'Okay mak ni last last last, tepung pulut ni macam mana pulak? Tadi tepung beras. Hmm kami cari tepung BERAS PULUT!' *dengan confident tahap 9/10

Panggilan kelima
'Hehehehehee... Ni memang betol-betol last call punya. Errrr plastik tepung tu warna apa eh?' *sengih kerang sambil letak phone sebab kena hingaq balik. =..=

*Menyesal tak sudah mak aku dapat anak cenggini haa. Mohon mak jangan kecewa -,-




Taraaaaa!! Ini hasilnya, kali pertama kami cuba sudah menjadi. Sebenarnya malas nak tunjuk bakat. Bhahaha baru masak yang ni dah riak puih. Abang jiran belakang rumah siap intai-intai kami masak. Lastly, kami hantar sebekas Puteri Mandi Susu ni. Diam terus tutup pintu. -.- Abang kain pelekat, mohon puji ‎(◕‿◕)

No comments: