Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Thursday, December 15, 2011

PLKN UUM Sintok Siri 8 Kumpulan 3 2011 ^_^


Assalamualaikum readers ! ^_^ Lamanya aku tak update blog kan? rindu kot nak type panjang2.. Nak beletiaq bagi hampa dengaq.hehe.. Tapi sekarang makin busy la.. Tak dan nak bukak blog. Start aku nk p plkn la sampai sekarang. Wahhh malam ni bru rsa nak update.. Okay, aku nk cerita pasal PLKN. Hewhew... Teringat msa first aku dapat tau aku dapat PLKN. Meloncat aku tak mau p. Bila dah p sayang nak tinggai plak.. haha Act aku p sekerat ja. Aku p dalam dua bulan mcam tuh. Sebab aku dapat tawaran masuk study.


 Ni masa baru nak p daftar.Parents aku n Zira Rahman teman aku saat-saat aku nak tinggakan aloq staq. Memang aku dok tak senang arhh time ni. Tapi aku jenis yang luaq nampak chill dalam hati aku gelabah bewak kot.. Memang rasa berat gila kaki ni nak melangkah naik bas. Adoyaiii.. masa tu dalam hati aku berulang kali berkata 'why me?? whyyyy?' Jerit hatiku..
Abah aku angkat beg aku masuk bawah bas tu. Then aku still dengan mak and Zira. Aku tak menangis. Aku memang ego! sebab aku tak kan menangis depan parents aku.. Yeahhh, masa tu aku memang tahan lah ayiaq mata ni.. Macam nak lari masuk bas teruih ja.. Lagi lama aku kat situ, lagi seksa aku dok tahan. Then aku pon macam nak berjurai ayiaq mata ni. At last aku cakap kat mak aku kata nak masuk dalam bas dah. Tkot tak ckop tempat. Padahal, aku dah nak meraung dah masa tu. Masa salam depa semua.. lgi lah menduga aku punya jiwa raga.. Serious aku kena kuat time tu. tidak aku heret skali dgn depa masuk bas.. 1st time kot aku jauh dengan depa. Lepas mak aku dok bagi nasihat macam-macam. Aku cepat-cepat nak masuk bas.. Lepas langkah aku melepaskan depa semua.. Tanpa menoleh ke belakang, terus ayiaq mata aku berjurai.. Aku tak kaleh dah belakang. Time nak angkat kaki naik tangga bas, aku terkaleh sket blah depa.. Tapi depa tak perasan sebab jauh..

Tiba-tiba, aku macam ter-stuck sket masa masuk dalam bas! Why??? GILA RAMAI ORANG! dah la kerusi kosong blah2 blakang ja ada. memang jdi perhatian la kan. Dengan keadaan menangis. gila arhh boleh teberhenti aku nk nangis. HAHA.. Then aku duduk sebelah minah ni. Aku tgok dia macam cool ja.. macam dia happy ja nak p plkn.haha okay ignore her..! Then aku text member aku, Ika. Aku ckp aku dalam bas nk bertolak dah. Then dia trus kol.. Dah la aku tgh sedu-sedu time tu. Dia plak kol. Memang drama melayu la kan? Dia cakap kenapa aku tak gerak dia masa nak p. Dia kta dia nak teman aku jugak. Memang dri malam tu agi dia cakap nak teman. Perghhhh, memang tk boleh ckp lah, dok sedu-sedu.. Dia pesan macam2 kat aku. Bas nak bergerak. aku cepat2 carik depa kot tingkap. Depa dok lambai2 arah aku.. Memang lencun la tudung aku time tu..Sayu ja kot aku dalam perjalanan nak sampai Sintok.

Tiba di kem PLKN UUM Sintok. Perghh sampai2 dah kena huloq handphone and check beg. Aku dapat bilik. Then letak beg terus p dewan makan. Ambik barang-barang PLKN.. Dalam seminggu tu tak dak aktiviti apa lagi.. Just relax-relax dulu. tapi dalam seminggu tu jugak la, tiap2 malam dok pekop dengan bantai. Then menangis tak henti. Sebelom nak tidoq macam tu. Start minggu depan tu. Memang tak sempat arh nak menangis. Busy terok! Memang tak dak masa lah nak pikiaq tu semua. Kat sana baru aku belajaq erti 'masa itu emas'..!Jadual memang packed kat situ. Perghh, baru nak letak pungkok ada announcement 'diminta wira dan wirawati berbaris di padang kawad dengan berpakaian loreng lengkap sekarang!' haha selerak semua pakat lari. haha lawok plak bila ingat balik. Memang tak terurus lah locker dengan baju kotoq.. seminggu sekali basuh. haha.. Cuti jumaat sabtu. hari jumaat tu, sesi meeting beramai-ramai la dalam tandas.. haha pakat dok gonyoh baju masing2.. Main sabun la, lepas hbeh basuh baju, terjun kolah beramai-ramai. memang adat lah! Start pagi bangun pkoi 4.30, tidoq? haaa hat tu tak tentu... klu byak perkara tak hbeh lgi hri tu, memang tidoq lewat la jawabnya..


Banyak aktiviti masuk hutan (percubaan utk bearing kompas) aku tak sempat nak buat. Sebabkan aku balik awai pada orang kan. Yang sempat hanyalah kembara halangan (percubaan) alaaa yang panjat2 tembok, naik monkey rat, tarzan, menerap bawah dawai tu.. Haaa memang terbaik lah. Then sempat menembak, hat ni perkara yang aku memang tak kan lepas. Nasib sempat jugak.. Walaupun aku demam terok, tetap berdegil nak p. Nasib baik aku tak mau amek MC masa doktor bagi. Klu tak melepas la aku nak menembak ni. Ketegaqnya aku..haha Flying fox pon sempat jugek.. hat ni pon dia buat dalam minggu yang sama dengan menembak. So, demam aku tk baik lagi.. Ada ka patut jurulatih pompuan tak bagi aku buat.. Jurulatih laki bagi kot aku buat.. Gila aku tak buat, benda macam ni bukan senang nak dapat peluang. Aku naik dah, gila rare! Macam nak ulang sepuluh kali. Flying fox ni buat dalam kalut-kalut. Bayangkan, aku kena buat cepat-cepat sebab nak kena hantaq barang-barang PLKN sbb esok tu aku kena balik dah. Aku potong habeh barisan org. Dah la time tu lelaki yang beratoq.. Memey syok arh kan dikelilingi oleh abang-abang botak. hewhew.. Aku tak sempat nak naik kayak, wirajaya (masuk hutan 2 hari), p rumah kebajikan, pertandingan kawad pon tak dan. Aku masok sat ja. Banyak lagi perkara tak sempat nak buat.


Sukan pulak, aku join bla jaring, futsal, bola tampaq. Bola jaring lah aku paling semangat sampai demam terok aku main. Futsal aku main sat ja sebab bola terkena tgn aku then terus krem.. haha. Disebabkan tangan krem, bola tampaq aku jadi tak reti main dah.. haha Tapi kira aku turut serta gak dalam sukan nih. Herghhh part paling best *apabila wira-wira bagi semangat waktu wirawati tgh men. Memang membara arhh waktu tu.hehe


Kat PLKN ni kan, aku belajaq macam-macam, erti bersatu padu, semangat setia kawan, perpaduan negara dan byak lagi. Cina, india, melayu dan siam masing-masing bekerja sama. Tak kira bangsa. Kalau kat luaq, tak kan bleh duduk satu bilik, kongsi masalah macam ni. Hanya di PLKN saja berlaku macam ni. Semua bangsa bersatu demi nak mencapai kemenangan kumpulan. Hari tu cikgu ada buat satu permainan tentang perpaduan negara. Cikgu buat bulatan besaq then dlm bulatan tu kami kena buat bulatan kecik utk kumpulan kami. So, masing-masing kena jaga bulatan jangan sampai ditakluk oleh kumpulan lain. Tentang macam mana nak bersatu. Semua masing-masing pakat penting diri sendiri, nak jatuhkan kumpulan lain. Padahal, semua lupa yang kita satu negara. Saat-saat akhir, baru semua tersedar.. Part yang paling sedih, masa aku jerit habaq kat depa-depa yang nak musnahkan kumpulan lain. aku jerit cakap 'Bersatu la wehh! Kita satu negara, semua ketua-ketua kena berkumpul, rakyat-rakyat kena berdamai. Awat hampa semua nak bergadoh nih?? Paham dak kita satu negara, bukan kuasa asing. Itu permainan org luaq (jurulatih) nak jatuhkan kita. Bersatu la wehhh!' Perghhh macam aku perdana menteri doee! haha.. terbaik arhh aku semangat gila time nih. Serious weh, kalau hampa alami macam ni. Memang buleh bawak kesedaran yang maksimum lah. haha.. Tapi permainan ni best. Dia banyak psiko otak kita..

Ni parents aku mai melawat aku. Perghh hat ni memang saat ditunggu-tunggu lah! Waktu melawat hanya hari sabtu : 9pagi-4petang. Aku pakai baju kelas tu.. kahkahkah.. baju paling aku benci!

Zira rahman pon datang melawat masa aku tengah duty.. See, aku pkai bju half loreng! kahkahkah..





Semua ni pictures masa aku tengah duty. Duty memang best lah.. Plus masa jaga kat pintu pagaq. Rasa macam kastam ngan tentera ja.. hewhew.. Ala-ala receptionist gituwww.. hoho ^_^




 Ni masa last day kat PLKN. Aku p melawat depa. Thats why lah aku lain dari lain. haha. Malam kebudayaan memang terbaik lah. haha tapi tak sempat nak amek gambaq. Dok busy dengan company aku. hehe..


Picture ni waktu nak p menembak! Perkara paling rare dalam hidup aku. COLT M16 babe!!
dengaq taklimat sebelom menembak.

before nak masuk menembak

Company charlie semua mereng-mereng.


CHARLIE
CHARLIE
CHARLIE
GAGAH BERANI!!

Masih kedengaran lagi laungan ketua platun 7 melaungkan Charlie3x Gagah berani.. untuk bagi semangat kat kami semua. Masa kali terakhir aku berbaris menyanyikan lagu Khidmat Negara tu, memang macam nak nangis lah. Meremang hbeh bulu roma aku. Semangat patriotik mai secara tiba-tiba..Part nak berpisah dengan kawan-kawan, aduyaiii.. ayiaq mata ni tak payah dok kata lah.. Merambu macam apa lagi..Masa last aku nk blek, depa dok buat sweet bleh bagi bunga lah yang si lelaki. haha yang pompuan nyanyi lagu memori tercipta dan kenangan terindah. Lagu menusuk kalbu cek oii. Wuwuwu tak leh lupa PLKN, tak semua bleh rasa pengalaman ni.. T_T

p/s: Semoga anak muda sekarang masih mahu berbakti kepada negara.

No comments: